Faktor yang mempengaruhi kepanjangan vokal Kepanjangan_vokal

Tekanan sering diperkuatkan oleh kepanjangan vokal alofon, terutamanya yang leksikal. Contohnya, vokal panjang dalam bahasa Perancis sentiasa disebut dalam suku kata tertekan. Bahasa Finland yang ada dua kepanjang fonemik, menandakan tekanan dengan menambah kepanjangan alofon. Ini memberikan empat kepanjangan berbeza dan lima kepanjangan fizikal: vokal tertekan pendek dan panjang, vokal tak tertekan pendek dan panjang, dan satu vokal separuh panjang, iaitu vokal pendek yang terdapat dalam suku kata yang didahului oleh vokal pendek tertekan, cth. i-so.

Sesetengah bahasa yang menunjukkan perbezaan kepanjangan vokal hanya berbuat demikian dalam suku kata tertekan, misalnya loghat Jerman Aleman. Dalam bahasa-bahasa seperti Czech, Finland atau Latin Klasik, kepanjangan vokal juga dibezakan dalam suku kata tak tertekan.

Dalam bahasa Jepun, kebanyakan vokal panjang merupakan hasil perubahan fonetik pada diftong; au dan ou menjadi ō, iu menjadi yū, eu menjadi yō, dan kini ei semakin menjadi ē. Perubahan ini berlaku selepas kehilangan fonem antara vokal /h/. Contoh: Kyoto: kyauto → kyoːto; budak lelaki: seunen → syoːnen (shoːnen).